Tuesday, 27 September 2016

Backpaker : Perjalanan di 4 negara Eropa Rute Kuala Lumpur - Paris - Brussels - Amsterdam - London

Menara Eiffel Paris

Ada yang tanya pasal itinerari Europe aku.

Aku ke Europe spring tahun 2012, 4 negara saja, taklah backpack 100%. Pergi gaya FIT - Free Independent Traveler, bertiga dengan emak ayah aku.

Route kami: KL - Paris - Brussels - Amsterdam - London - Paris.

Aku share ringkas saja buat masa ni, setakat yang aku ingat.

KL - Paris - KL dengan MAS (masa tu dapat harga promo RM1.6K return.)

PARIS, FRANCE

Kami stay di Etap Hotel, ambil triple sharing. Etap ada banyak, yang kami duduk ni dekat dengan Metro Jaurès.

Mula2 sampai, ada supir ambil di airport. Terus dia bawa makan-angin-petik-gambar-dua-tiga-snap di Arc de Triomphe, Musee de Louvre, Notre Dame, dan of course besi paling popular di dunia - Eiffel Tower. Oh ya, kami request juga pergi Grande Mosquée de Paris sebelum balik hotel dan berehat a.k.a tidur 15 jam merawat jetlag. Kahkah.

Hari kedua, kami gerak sendiri dengan Metro dan teksi bila dah sesat tahap fed-up. Orang Perancis tak cakap English dan menyampah nak layan kalau kau cakap English dengan dia. So, be prepared dengan perkataan-perkataan asas Bahasa Perancis. Paling kau kena tahu - sil vous plait! - supaya at least dia toleh kepada kau.

Dan orang Perancis sombongnya ya ampun... lagi2 kita Muslim. Jangan tunggu mereka senyum ataupun cakap terima kasih. Dah selesai urusan check in ke, bayar barang ke, chow je.

Ha... produk negara kita yang tercinta iaitu Mamee ada di Paris. Bolehlah beli, rasa yang export punya version. Tetap halal dan toyyiba.

Di Paris, paling kerap aku pergi Eiffel Tower... sampai sanggup redah hujan malam musim bunga dengan emak aku sebab nak shoot gambar besi besar tu lip lap pukul 9 malam.

Selain itu aku masuk Musee de Louvre, muzium terbesar di dunia yang memang kau takkan mampu habiskan seharian untuk masuk semua seksyen. Malah tiket setiap seksyen pun beli asing2. Aku target nak tengok Mona Lisa saja. Dan istighfarlah banyak-banyak sepanjang dalam muzium tu serta tundukkanlah pandangan sebab artis depa ni memang penuh seni....

(Sekarang rasa rugi pula tak spend masa lama sikit di situ selepas tonton filem 99 Cahaya Di Langit Eropa. Adeh....)

Selain itu, kami naik Seine River Cruise. Salah satu cruise yang best di dunia sebab ada banyak benda nak ditengok.

Untuk bergerak dalam bandar Paris ni boleh naik Metro. Aku cadangkan beli tiket yang boleh guna 24 jam. Beli sekali saja, supaya tak payah bergaduh macam ayam dengan itik di kaunter dan mesin tiket yang memeningkan.

BRUSSELS, BELGIUM

Sebenarnya nak ke Amsterdam, tapi disebabkan Europe ni kita boleh lompat-lompat negara ahli EU tanpa imigresen, maka kami turun di Brussels jalan-jalan pusing bandar. Naik speed train Thalys. Okay, memang kebingungan sikit masa nak naik tren ni... tapi alhamdulillah sukses jua.

Di Brussels, jalan kaki saja. Tak ke mana sangat pun. Dari stesen Midi-Zuid tu kami menapak sampai ke Grand Place - tempat paling terkenal di Brussels. Ha... kalau nak cari coklat Belgium, di sekitar sana ada banyak. Cari yang halal, yang tak ada alkohol. Waffle coklat strawberi oh sedapnya!

Kalau ada duit lebih, boleh juga beli berlian di area tu.

Di situ ada banyak restoran Halal dan boleh tumpang solat.

AMSTERDAM, NETHERLANDS

Lewat petang kami naik speed train TGV pula ke Amsterdam. Sampai dah lewat malam, ambil teksi terus ke HEM Hotel. Sekarang namanya dah lain - West Side Inn.

Oh ya, teksi di Europe ni adalah kereta seperti Mercedes, Audi, Volvo, dan segala macam kemewahan otomobil yang lain. Bolehlah nak merasa bergaya seperti Melayu kaya di Eropah (padahal teksi je.)

Di Amsterdam, kami beli pakej tour ke Zaanse Schans, Volendam & Marken Island + City Tour. Tiga ini kawasan perkampungan kincir air dan nelayan yang subhanallah sangat gorgeous! Kita boleh tengok penghasilan ala-ala IKS produk kasut clog dan keju. Bas tour ini tiket boleh beli di kedainya, di Damrak, yakni di antara Amsterdam Centraal dan jeti Canal Cruise. Boleh beli online juga. Boleh beli daripada hostel juga. Kalau jalan-jalan dalam bandar saja, boleh naik tram.

Esoknya kami ke Keukenhof, taman bunga terbesar di dunia. TULIP! TULIP! Nota: taman ini dibuka masa musim bunga saja. Dan dalam setahun, satu hari saja ada Flower Parade. Kami memang target pergi Keukenhof pada hari Flower Parade. Bapak ramai orang dari seluruh dunia. Macam haji pun ada, cuma bezanya orang pakai baju warna-warni, perempuan ramai free hair, dan lebih teratur -_-

Petangnya, kami ke London naik flight EasyJet hoh! Aku tak suka EasyJet! Pelajaran moral yang aku dapat - baca betul2 peraturan airline terutama bab bagasi. Oiii... sakit hati aku.

LONDON, ENGLAND, UNITED KINGDOM

Sampai London dah malam. Kami menginap di bilik dalam sharing apartment di Hyde Park Mansions, Cabbel Street. Beberapa langkah saja dari Edgware Road Station. Ha, di London, tren bawah tanah tu dipanggil Tube pulak.

Lokasi ziarah kami di London ialah Buckingham Palace... dan lepas tu kami naik Hop On Hop Off. Sonang. Cara paling mudah nak lawat semua tempat bila kita tak ada masa yang banyak. Kami hop off antaranya naik Thames River Cruise, London Bridge, Trafalgar Square, Big Ben.

Esoknya kami ke Madame Tussaud's di Baker Street. Malamnya tengok Phantom of the Opera di Her Majesty Theater. Dua-dua ni aku punya agenda... wahaha... tak pasal2 emak ayah aku kena ikut juga beraktivitas jiwa muda.

PARIS, FRANCE II

Hari seterusnya kami naik speed train Eurostar balik ke Paris, yang lalu bawah laut tu. Sampai Paris ada satu hari lagi, apa nak buat? Jalan-jalan cuci mata tengok kekayaan orang di Champ Elysees dan Galeries Lafayette. Aku beli jam di Galeries Lafayette... jangan main2... 10 Euro harga dia. Bayar pakai Euro, okey... kau ada?

Itu saja yang setakat aku ingat. Singkat, 10 hari total. Dah lama lagipun, mungkin banyak dah berubah.

(Kenapa aku suka travel dalam cuaca sejuk? Sebab tiga hari pakai baju yang sama tak berbasuh pun orang tak perasan wakaka....)

No comments:

Post a Comment